Nur Afifah Bt Anuar

Seorang yang simple n sgt3 pramah.. :)

Monday, September 10, 2012

inilah kehidupan

Assalamualaikum :)

lama da fifah tak update blog ni. rindu rasanyer nak menulis lagi. dengan menulis ni kadang-kadang kita boleh menyampaikan sesuatu yang susah kita nak sampaikan dengan cara lain. 

 Syawal kali ini tidak semeriah Syawal yg lepas. hanya Allah tahu perasaan kami sekeluarga menyambut Syawal tahun ini bagaimana. pada awalnya mungkin boleh dikatakan agak meriah. sakan beraya ke sana ke sini. hingga kami tidak sedar bahawa kami hanya merancang..Allah yg menentukan.
keluarga kecil kami kehilangan org yg sangat kami sayang.

Sungguh terasa kehilangan beliau saat keluarga masih bergembira menyambut kepulangannya pada hari raya. tak sangka ini merupakan raya terakhir kami bersama beliau. berbuku rasa dihati melihat atok sebak menguruskan jenazah arwah cucunya yang dijaga dari kecil yang turut mengikut jejak atok dan arwah ayahnya menjadi seorang pegawai TLDM. pedih rasa hati melihat mak long cuba menguatkan semangat untuk menempuh dugaan yang diberi apabila hilang anak lelaki tempat bergantung harap selepas arwah pak long tiada. sedih lagi melihat adik2 yang baru merasa gembira bergurau senda dengan abang yang hanya dapat dinikmati sekejap. sungguh pilu apabila 5 Syawal disambut dengan kenduri arwah. sepupu-sepupu sangat terasa kehilangan abang saudara yang sentiasa bergurau dengan sesiapa sahaja, cuba mengembirakan suasana dimana sahaja beliau berada. Setelah beliau pulang dari Sitiawan untuk melihat keluarga pada pagi 4 Syawal dan bergembira bersama ahli keluarga terdekat termasuk saya beraya ke rumah-rumah saudara di KL. sepanjang hari kami diceriakan dengan lawak beliau yang tak pernah berhenti. rupanya itulah keseronokan terakhir yang beliau tinggalkan sebagai kenangan buat kami. siapa sangka beliau yang sihat pada penglihatan semua pergi buat selamanya pada pagi Khamis 23/8/2012 bersamaan 5 Syawal.
Semoga roh arwah Ahmad Syahmie B Shahul Ikram ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

Ya Allah..tolong benarkan aku menangis..bukan kerana aku tidak redha..tapi kenyataan yang harus aku terima ini amat menyakitkan..

tapi fifah pun manusia normalkan. 
ada org tanya,'aku tengok ko ni macam takde masalah je.hepi sentiasa.becok je mulut tu.'
tu hanya luaran..kat dalam..hanya DIA yg tahu.
takkan kita nak tunjuk kt semua yg kita ni menangis meraung setiap waktu.
i have my own time for that..
when nobody around me..
walaupun penat menampal senyum plastik setiap hari..akan fifah buat supaya tiada siapa yg sedar kesedihan n keperitan di sebalik apa yg dah berlaku.
there're more than what meet the eyes..

live well or live hell?
I choose!

bukan mudah nak terima segala perubahan yg berlaku..
tanpa org2 yg dulu berdiri di samping fifah..
sungguh bukan mudah..
but i try my best..

my beloved friend, Azira once told me,'Allah will never test you with problem that you cannot bear. Wake up and believe in Him. He knows what the best for you. It takes time. :)'
thanks for that my dear.. :)

setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan..
fifah kini sedar akan hakikat itu..
fifah dalam proses menguatkan hati n iman utk terus mengejar redha-Nya
InsyaAllah..


Jodoh itu rahsia Allah
Mati itu juga rahsia Allah
Kita hanya merancang
Allah yang menentukan.

Inilah kehidupan..

Wassalam. :)

No comments: