Nur Afifah Bt Anuar

Seorang yang simple n sgt3 pramah.. :)

Thursday, December 15, 2011

8 Tanda Dia Ikhlas Dengan Cinta Kamu

hai semua.. :)
lately ni fifah da x byk assignment..2 yg rjin update blog 2.. :)
sje la nk brkngsi info2 dgn anda smua. :)
fifah de terbaca psl bnde ni kt mjlh kegemaran fifah.
so ni fifah nk kongsi la dgn korg smua.
enjoy ok?:)

8 TANDA DIA IKHLAS DENGAN CINTA KAMU

1. Bersahaja
dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati kamu. sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.

2. Gembira Bersama
tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian bertemu atau menghabiskan masa bersama.

3. Terima Kamu Seadanya
dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.

4. Jujur
baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. kaki penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.

5. Hormat
di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.

6. Bertemu Dengan Keluarga
jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan dia juga akan membawa kamu berjumpa dengan keluarganya.

7. Tidak Menyembunyikan Kawan
orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawan-kawannya daripada kamu.

8. Mengambil Berat
walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu dan bertanyakan khabar. kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya.

wahh...bestnyer.... ^_^
adakah 'Mr I' fifah memenuhi kriteria di atas?
hmm..biarlah fifah je yg tau jwpnnya.hee..
kalau btol si dia itu jodoh kita..
InsyaAllah..Allah akan permudahkan segalanya. ^_^
Wassalam....

Wednesday, December 14, 2011

Andai Lelaki Tahu.....

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I LOVE YOU’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

article ni credit to OH! Aduhai Blog

bila fifah baca article ni..fifah rse tringin sgt nak share kt org lain. ^_^