Nur Afifah Bt Anuar

Seorang yang simple n sgt3 pramah.. :)

Monday, October 21, 2013

Pencuri - Mark Adam

Assalamualaikum... :)

memang dah lama nak update blog ni..tapi disebabkan kesempitan waktu dan idea menyebabkan fifah membatalkan niat untuk meng'update' blog ni. hee..mohon kemaafan la yer readers..

hari ni fifah nak kongsikan lirik lagu yang menjadi kegilaan fifah lately ni..muahaha..actually most people said that music express your emotions well..so this is what i feel right now! 
hmm..sekarang ni tengah belajar nak jadi pencuri hati orang. hehe..
#ProjekMemikatSuami :)


Lirik Lagu Pencuri - Mark Adam

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku 
Dari Darjah Satu
Darjah Satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku 
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu

hampir keseluruhan lagu ni menceritakan apa yang fifah rasa sekarang ni KECUALI 'dari darjah satu' tu..yelah..fifah tak adalah belajar bercinta awal sangat gitu...masa tu masih budak innocent lagi tau. tak ambil tau pasal hal cintan cintun or budak laki hensem dalam kelas..haha..tak tau kenapa masa sekolah rendah memang tak heran sangat dengan budak-budak laki yang ada kat sekolah tu..mungkin sebab fifah sibuk berceloteh je kot time tu.haha :D 

oklah..itu je yang fifah sempat nak update buat masa ni. InsyaAllah jika ada kelapangan nanti fifah akan cuba update lagi blog ni. Maybe after fifah balik dari hatyai. so..tunggu yer next entry.
#HatyaiVacation

Wassalam... :)

Wednesday, June 19, 2013

My student life~~~

Assalamualaikum.. :)

Fuhh...akhirnya berjaya jugak log in blog ni. eh..bukan lupa password or salah password or yang sewaktu dengannya.. cuma tak ada masa nak update entry baru. 

serius sangat sangat tak ada masa. semester ni fifah sangat penat buat segala assignment. yelah..lecturer semester ni sangat sangat la menyeksakan. 

penat melayan 6 lecturer yang berbagai kerenah. yang 1st tu kalau buat lawak suka gelak sendiri..yang 2nd tu sangat strict sampai ada student yang gelar dia 'silencer'..yang 3rd pulak orang tanya lain dia jawab lain. jawapan dia tak pernah menepati kehendak soalan. yang 4th tu pembangkang. kena pulak tahun ni PRU..pergh..memang penat la dengar dia cerita pasal benda alah tu je. bukan tak nak ambil tahu hal negara..tapi kalau dah setiap kali masuk kelas..itu je yang dia bebelkan..mana larat telinga den ni nak dongar. yang 5th ni yang paling best antara semua la. sangat tak cerewet..cuma banyak sangat kuiz dia bagi. macam da lebih dari yang sepatutnya kami semua ambil. yang last which is the 6th..ni yang paling menyeksakan..serius tak tipu! dia sangat suka membebel tanpa usul periksa. lepas tu tuduh melulu. kami tahu la kami ni student..tapi tak perlu la nak tuduh kami ni gunakan ilmu bisnes management kami untuk manipulate orang. serius tak boleh terima. bukan semua benda mengenai bisnes ni manipulate orang. even ada..tapi bukan semua. dan bukan kami student 2BTMM FPTT UTeM!!!

even we are your student..please do respect us

don't judge a book by it's cover

semester ni fifah ada ambil subjek manufacturing tau...which is in BM is pembuatan. tau tak final projek kami apa? haaa..ni nak bagitahu ni. kami semua kena bina 1 pam air which is called water lifting pump. lebih kurang macam pam air yang orang dulu-dulu guna untuk pam air dari bawah tanah keluar. haa..exactly like that one..cuma bezanya kami kena buat menggunakan bahan kitar semula or sebarang paip-paip yang telah digunakan. and Alhamdulillah...the project was a success! thanks to all my teammates. :)

then fifah ada ambil subjek marketing channel. tak pernah terfikir kena buat produk untuk subjek ni. yelaa..kami semua ingat just belajar cara nak pasarkan produk je. rupanya kami kena buat produk n poster untuk final projek subjek ni. so hasilnya kami buat Alert Key..yang boleh detect barang hilang. and again...Alhamdulillah. kami berjaya juga. lecturer suka dengan produk dan poster kami.

bila fifah cerita pasal all the final projek yang fifah kena buat dekat Mr. I...tau tak apa dia cakap?

Mr. I : U ni dulu masa masuk utem tu salah daftar kos ke?

Me : Kenapa plak?

Mr. I : Yela..1st time i dengar budak marketing kena buat pam. kot la pam duit boleh la jugak terima. ni pam air...mane la tau u salah daftar kos ke.. :p

Me : Hahaha..maybe la kot. i daftar untuk fleksibel kos. tu buat segala jenis produk tu. hehe :p 

Haha..sesuka hati dia je kan cakap fifah salah daftar kos. tapi kadang-kadang bila fikir balik macam betul pulak apa dia cakap tu. tapi tak apalah...setiap apa yang kami lakukan menjadikan kami bakal graduan yang lebih fleksibel dan versatil. tak adalah stick kat benda yang sama je setiap hari kan?? :)

lepas tu sekarang ni fifah busy dengan persatuan ENACTUS! mesti pernah dengar kan? fifah pernah cerita kot sebelum ni...sangat sangat busy ya..sebab da la sekarang ni tengah final exam!

and ENACTUS MALAYSIA NATIONAL EXPOSITION only 3 weeks from now!!!
kat PWTC macam tahun lepas. sangat nervous dengan semua benda ni yer. huhu..
takut tak sempat nak prepare untuk semua..final exam + national competition = madness

i already have bleeding nose, circle around my eyes, flu and backaches for this final exam.
everyday i felt like a walking zombie for not enough sleep.

cepatlah puasa tiba..bila puasa menjengah je..bermulalah percutianku..
semoga semuanya berjalan lancar..Amin.
InsyaAllah... :)

* wish our team goodluck for the coming national competition ok? :)

okla..cukuplah merapu untuk hari ini. i need my beauty sleep..kononnnnn..hahaha. :p
*okay..merapu lagi. baik stop sekarang..

Wassalam.. :)

Monday, March 4, 2013

Pada Suatu Cinta Dahulu...

Assalamualaikum.. :)

terasa lama da tinggalkan laman blog ni. masa bukak tadi mula-mula pon kena bersihkan sawang dulu baru boleh log in.haha.. amboiii...poyo je kan.macam title entry pepagi buta ni jugak la. agak kepoyoan sikit. :p

bukan apa la kan..tetibe pepagi buta ni boleh pulak teringat memori lama. haaa..bukan memori daun pisang yer..tu lagu dangdut.haha.. fifah baru je lepas layan trailer filem baru kat wayang ni haa..
cerita 'Pada Suatu Cinta Dahulu' laaa...
trailer nampak macam best..sweet..comel-comel jer..tapi kalau nak tau betul ke best? betul ke sweet? betul ke comel-comel? kena la pergi tengok di wayang berhampiran anda! wah..da macam fifah punya filem pulak. ayat nak promo aje.haha. :p 
actually sambil-sambil tengok trailer ni..teringat la kisah cinta sendiri uolls.. ala-ala hikayat puteri gunung ledang tu..hamboii.. (ok!da merapu!)
yelah..kalau ikutkan..fifah pon start bercintan-cintun ni dari zaman sekolah jugak la.
da la baru je abes 'skyping' (kalu de la perkataan tu) dengan 'Mr I' fifah tu.. #Eh #Tetibe #Muncul #Balik #Mr.I
haa..ni la nak cite.. (da gaya makcik-makcik la pulok)..fifah busy sangat bercinta semula. tu yang tak sempat nak update blog tu. haa..melampau kan busy bercinta semula uolls. :p
Alhamdulillah...mungkin Allah tu nak uji kami-kami ni kot. Malas nak cite panjang-panjang..yang penting 'Mr.I' dah kembali ke ruang hati fifah ni. actually dia tak pernah tinggalkan pon ruang hati fifah ni. sebab spot tu memang khas untuk dia. cewwahh..pepagi buta ni berjiwang karat pulak kita ni kan. bahana layan suria cinta di Suria.fm bersama DJ Lin la ni. haih... =.=" 

kalau ikotkan la kann...fifah paling rindu nak dapat gula-gula dari Mr.I..coz dulu time kat sekolah masa mula-mula kenal tu haa..tiap-tiap hari Jumaat..mesti ada satu plastik gula-gula macam-macam jenis,perisa & warna kat dalam laci meja. hee..orang sebelah meja la yang bagi. seronok kot time tu..ingat dapat sekali tu je la. rupanya tiap-tiap minggu dapat uolls! sweet tak Mr'I fifah? haha. :D
nama pun budak sekolah..tak kisah la dah tingkatan berapa pun..perangai tu memang budak-budak sungguh! kadang-kadang kalah budak tadika.haha.walaupun fifah tau harga gula-gula tu tak mahal..fifah sorok bawak balik uma kot. tamau tunjuk kat kawan-kawan takut depa mintak. *agak kedekut la -.-"
gula-gula tu RM1 dapat 24biji. boleh campur-campur nak gula-gula apa. ada jual kat Pasar Khamis kat Kg. Koh, Sitiawan, Perak je! macam betul je..ntah-ntah de jual gak kat tempat lain.hee..sebab tu je tempat yang fifah tau jual gula-gula camtu. dah nama pon Pasar Khamis kan..maknanyer mesti la hari khamis je ada. sebab tu tiap-tiap minggu hari Jumaat baru fifah dapat gula-gula tu. Mr.I balik sekolah hari Khamis tu baru pegi beli. Memori manis tu..memang sampai bila-bila pon fifah akan ingat!
tapi rasanyer sekarang ni da tak dapat kot gula-gula 24biji RM1. harga barang semua kan dah naik sekarang ni. memang susah la nak jumpa benda murah lagi dah.
kalau ikotkan memori masa zaman sekolah..memang banyak la yang best-best. lagi-lagi kalu cite bab orang yang duduk sebelah meja kita time dalam kelas 3A4 dulu. Mr.I yang dulu (zaman sekolah) dengan sekarang ni haa (zaman universiti) memang beza sangat la. bukan kata fizikal sahaja..personaliti sekali. :)
tak kisah la Mr.I yang dulu ke..yang sekarang ke..hanya Mohd Aminurikmal B Othman a.k.a Mr.Ikmal a.k.a 'Mr.I' dalam hati.. :) *seriously dah berjangkit dengan sindrom suria cinta. contagious sungguh =.="

okla..dah banyak merapu pepagi buta ni. jom tido! fifah nak sambung bercinta semula dalam mimpi pulak. okay..serius! itu sangat melampau..dah ala-ala drama petang-petang kat tv..boleh dok sambung-sambung pulak kan? :p
Apa-apa pun fifah nak ucapkan la terima kasih untuk semua yang dah doakan fifah bahagia semula. Alhamdulillah..ada jugak email-email yang fifah dapat supaya kuatkan semangat senua tu. thanks sangat! :)
Selamat pagi (Monday, 4/3/2013, 4.59 am) baru nak tido..di waktu sebegini. bye! 

Wassalam.. :)