Nur Afifah Bt Anuar

Seorang yang simple n sgt3 pramah.. :)

Tuesday, December 6, 2011

Tentang Dhia!!!

hai smua..wah..da lme fifah x update blog ni..
bkn pe..buzy la..maaf la yer..
khidupan di uni ni x sme mcm dok uma goyang kaki..
jdual mmg la pack sgt..tp keje 2 yg berlambak..
kdang2 rse mcm da x mmpu da..huu..
haa..tp ni fifah nk cte ni..wlaupn sbuk dgn keje..
fifah x ktinggalan utk mnyaksikan drama Tentang Dhia kt TV3 tu..
skng tknologi da moden..mana main tgk kt tv lg da..
wlaupn kt hostel fifah ni de blik tv..
fifah tgk drama tu kt laman tonton
tp lewat skit la dr tgk kt tv..tp xksah la..
jnji dpt tgk..dr tgk kt blik tv 2 haa..
bknnyer besar sgt pn blik tv 2..
kang x pasai2 kene brhimpit2..
haa..ni fifah nk bg sikit info pasal drama kesukaan fifah ni..
mestila kesukaan..adi putra tu.......hihi
meh..sama2 kte check it out!



TENTANG DHIA (TV3)
Slot: Akasia
Mula Tayangan: 9 November 2011
MasaTayangan: 7.00 malam
Hari Tayangan: Setiap hari Isnin hingga Khamis
Pelakon: Adi Putra, Nora Danish, Tasha Shilla, Izree Azminda, Ako Mustafa, Irfan Roslan
Episod: 26 episod

Sinopsis Drama Tentang Dhia



Drama ini mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila Dhia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang menganggap dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki yang berbeza dari dua latar belakang yang berbeza. Azmi yang hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, merupakan cucu Imam di kampung yang tersebut disukai ramai kerana sifat rendah dirinya. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi. Dhia menolak cinta Raffi yang merupakan jejaka daripada keluarga berada di kampung tersebut yang juga teman rapatnya dari kecil. Tertekan dan kecewa apabila Dhia menolak cintanya, Raffi membawa diri ke luar negara.




Setelah beberapa tahun, Raffi pulang dan ingin menagih cinta Dhia semula tanpa dia mengetahui bahawa Dhia sudah bertunang dengan Azmi. Raffi tertekan apabila mengetahui perkara itu. Dia yang ingin meredakan kekecewaannya telah masuk ke dalam perangkap Melly yang sememangnya dari zaman persekolahan mempunyai perasaan terhadap Raffi kerana kekayaan dan ketampanannya. Raffi tidak sedar bahawa dia telah meniduri Melly. Melly cuba memerangkap Raffi untuk bertanggungjawab keatas dirinya. Tetapi Raffi yang telah masak dengan perangai Melly yang suka bertukar pasangan itu cuba berdalih dan tidak mahu bertanggungjawab.



Melly disahkan mengandung anak yang diyakininya anak itu anak Raffi. Bila mengetahui bahawa Dhia dan Azmi akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat, Raffi sekali lagi membawa diri ke luar negara. Tertekan dan terdesak dengan keadaannya itu, Melly telah memerangkap Azmi untuk bertanggungjawab atas kandungannya itu. Sejurus mendengar berita Azmi dan Melly ditangkap basah, hati Dhia hancur luluh mengenangkan hari bahagia mereka yang bakal tiba.



Berkat ketabahan dan pengakuan dari Azmi, majlis pernikahan itu tetap dijalankan seperti yang dirangcang. Tetapi malangnya Melly menyerang majlis itu dan memberitahu kepada umum bahawa dia telah mengandung anak Azmi. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Azmi dan diiringi deraian airmata Dhia.



‘Bagaikan pelangi selepas hujan’, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek yang bekerja di sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai sahabat baik yang juga merupakan rakan kongsinya bernama Fendi. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang merupakan seorang peguam dan juga anak seorang tan sri. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir. Zikir datang ke kampung halaman arwah Fendi untuk menghadiri majlis pengebumian yang terletak di Tanjung Karang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika ingin membeli sarapan pagi di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.




Kemanakah hala tuju Dhia setelah 'kehilangan' Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya dalam hidup Dhia dan Zikir?


*meh la sme2 kte ikuti drama ni yer..best tau..
rugi x tgk.. :)
okla..jmpe lg nnti d laen entry ye.

p/s: pic2 diatas ni kredit 2 pakcik google ok. ^_^


No comments: