Nur Afifah Bt Anuar

Seorang yang simple n sgt3 pramah.. :)

Wednesday, December 14, 2011

Rambut kekal cantik walaupun BERTUDUNG!

hai semua.. :)
haa..hari ni fifah nak cerita sikit psl rmbut2 ni..
yela..fifah ni pn brtudung..byk gak hal psl rmbut ni..
haa..meh kte sme2 check it out. :)



RAMBUT KEKAL CANTIK WALAUPUN BERTUDUNG
ada yang beranggapan merawat rambut yang ditutupi oleh tudung memang agak susah. ini kerana rambut yang bertutup jarang terkena udara. bukan itu sahaja..rambut yang diikat sepanjang hari juga berkemungkinan menyebabkan rambut patah. namun jangan bimbang! niat beribadah tidak harus terhambat hanya kerana masalah yang kamu boleh atasi. jom tengok tips-tipsnya!



Tidak Perlu Dilakukan

1. Elakkan memakai tudung dalam keadaan rambut yang masih basah kerana rambut yang masih basah akan menjadi lembap di dalam tudung. Rambut bukan sahaja akan berbau, malah kulit kepala kamu akan menjadi lembap dan boleh menimbulkan kelemumur serta gatal-gatal.



2. Biarpun sudah menjadi trend waktu ini tudung dipakai berlapis-lapis dan pelbagai gaya, namun elakkan memakai tudung lebih daripada empat lapis. Semakin tebal kain tudung kamu, maka akan semakin sukar untuk rambut kamu bernafas. Tentunya pemakaian tudung berlapis-lapis lebih baik digunakan untuk acara serta tempat tertentu sahaja.

3. Hindari memakai tudung berwarna gelap semasa cuaca panas. Warna gelap mudah menyerap cahaya matahari. Jika aktiviti kamu banyak di bawah sinar matahari , sebaiknya pilih warna lembut muda, pastel atau putih.

4. Cubalah untuk tidak mengikat rambut kamu terlalu ketat. Menggunakan pengikat rambut yang besar dan tebal juga lebih baik daripada pengikat rambut yang kecil atau nipis. Rambut yang diikat dengan ikatan yang sama setiap hari berpotensi untuk rambut patah. Oleh itu, sentiasa variasikan jenis ikatan rambut kamu.

5. Hindari menarik garis rambut di bahagian yang sama sahaja misalnya belah tengah, belah kanan atau belah kiri. Kerosakan rambut bermula daripada belahan rambut yang tidak pernah diubah-ubah.

6. Mengenakan tudung bukan bererti kamu boleh bebas untuk tidak menyikat rambut. Itu memang kesalahan besar! Usahakan untuk tetap menyikat rambut, paling tidak pun tiga kali dalam sehari. Menyikat rambut sama sahaja seperti melakukan urutan ringan pada kulit kepala. Kulit kepala secara tidak langsung akan menjadi tenang dan rambut bebas daripada kekusutan. Sebaiknya gunakan sikat bergigi jarang agar rambut kamu tidak banyak menempel pada gigi sikat.



PERLU DILAKUKAN
setiap kali hendak melakukan sebarang aktiviti, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung!
1. Pilihlah kain tudung daripada bahan yang mudah menyerap peluh contohnya kain kapas. Ia sangat berguna untuk memudahkan peredaran udara di kepala. Sutera dan satin lembut juga baik untuk rambut kerana ia boleh membantu kelancaran peredaran udara rambut.

2. Jika berada di rumah dan membolehkan kamu tidak mengenakan tudung, sebaiknya membiarkan rambut lepas terurai agar rambut kamu boleh beristirehat.



3. Satu tip lain yang boleh kamu amalkan iaitu sebelum bersyampu ada baiknya kamu cuba menggunakan ramuan tradisional iaitu limau nipis. Sapukan pada kulit kepala dengan limau nipis agar terhindar daripada kelemumur dan kelembapan rambut tetap terjaga.



4. Bersyampulah sebanyak mana yang kamu perlukan. Kekerapan bersyampu bagi setiap orang memang berbeza-beza dan bergantung pada jenis rambut. Ada orang yang rambutnya jenis berminyak, seharusnya bersyampu setiap hari. Selepas bersyampu, pastikan kamu menggunakan perapi atau sebarang produk rawatan rambut untuk mengembalikan kesegaran rambut.

5. Paling tidak sebulan sekali, lakukan creambath atau rawatan rambut di salun. Tambahan lagi kini terdapat banyak salun khusus untuk wanita mahupun wanita Muslim sahaja. Jadi, kaum wanita yang bertudung boleh bebas menikmati perawatan kecantikan tanpa rasa ragu-ragu.



credit to Majalah Remaja Edisi 1Nov

Siapa kata perempuan bertudung tak boleh jaga kecantikan dan kesegaran rambut?
Semoga tips2 di atas dapat membantu! ^_^

No comments: