Wednesday, September 19, 2012
Monday, September 10, 2012
inilah kehidupan
Assalamualaikum :)
lama da fifah tak update blog ni. rindu rasanyer nak menulis lagi. dengan menulis ni kadang-kadang kita boleh menyampaikan sesuatu yang susah kita nak sampaikan dengan cara lain.
Syawal kali ini tidak semeriah Syawal yg lepas. hanya Allah tahu perasaan kami sekeluarga menyambut Syawal tahun ini bagaimana. pada awalnya mungkin boleh dikatakan agak meriah. sakan beraya ke sana ke sini. hingga kami tidak sedar bahawa kami hanya merancang..Allah yg menentukan.
keluarga kecil kami kehilangan org yg sangat kami sayang.
Sungguh terasa kehilangan beliau saat keluarga masih
bergembira menyambut kepulangannya pada hari raya. tak sangka ini merupakan
raya terakhir kami bersama beliau. berbuku rasa dihati melihat atok sebak
menguruskan jenazah arwah cucunya yang dijaga dari kecil yang turut mengikut
jejak atok dan arwah ayahnya menjadi seorang pegawai TLDM. pedih rasa hati
melihat mak long cuba menguatkan semangat untuk menempuh dugaan yang diberi
apabila hilang anak lelaki tempat bergantung harap selepas arwah pak long tiada.
sedih lagi melihat adik2 yang baru merasa gembira bergurau senda dengan abang
yang hanya dapat dinikmati sekejap. sungguh pilu apabila 5 Syawal disambut
dengan kenduri arwah. sepupu-sepupu sangat terasa kehilangan abang saudara yang
sentiasa bergurau dengan sesiapa sahaja, cuba mengembirakan suasana dimana
sahaja beliau berada. Setelah beliau pulang dari Sitiawan untuk melihat
keluarga pada pagi 4 Syawal dan bergembira bersama ahli keluarga terdekat
termasuk saya beraya ke rumah-rumah saudara di KL. sepanjang hari kami
diceriakan dengan lawak beliau yang tak pernah berhenti. rupanya itulah
keseronokan terakhir yang beliau tinggalkan sebagai kenangan buat kami. siapa
sangka beliau yang sihat pada penglihatan semua pergi buat selamanya pada pagi Khamis 23/8/2012 bersamaan 5 Syawal.
Semoga roh arwah Ahmad Syahmie B Shahul Ikram ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. InsyaAllah.
Ya Allah..tolong benarkan aku menangis..bukan kerana aku tidak redha..tapi kenyataan yang harus aku terima ini amat menyakitkan..
tapi fifah pun manusia normalkan.
ada org tanya,'aku tengok ko ni macam takde masalah je.hepi sentiasa.becok je mulut tu.'
tu hanya luaran..kat dalam..hanya DIA yg tahu.
takkan kita nak tunjuk kt semua yg kita ni menangis meraung setiap waktu.
i have my own time for that..
when nobody around me..
walaupun penat menampal senyum plastik setiap hari..akan fifah buat supaya tiada siapa yg sedar kesedihan n keperitan di sebalik apa yg dah berlaku.
there're more than what meet the eyes..
live well or live hell?
I choose!
bukan mudah nak terima segala perubahan yg berlaku..
tanpa org2 yg dulu berdiri di samping fifah..
sungguh bukan mudah..
but i try my best..
my beloved friend, Azira once told me,'Allah will never test you with problem that you cannot bear. Wake up and believe in Him. He knows what the best for you. It takes time. :)'
thanks for that my dear.. :)
setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan..
fifah kini sedar akan hakikat itu..
fifah dalam proses menguatkan hati n iman utk terus mengejar redha-Nya
InsyaAllah..
Jodoh itu rahsia Allah
Mati itu juga rahsia Allah
Kita hanya merancang
Allah yang menentukan.
Inilah kehidupan..
Wassalam. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)