Nur Afifah Bt Anuar

Seorang yang simple n sgt3 pramah.. :)

Monday, March 4, 2013

Pada Suatu Cinta Dahulu...

Assalamualaikum.. :)

terasa lama da tinggalkan laman blog ni. masa bukak tadi mula-mula pon kena bersihkan sawang dulu baru boleh log in.haha.. amboiii...poyo je kan.macam title entry pepagi buta ni jugak la. agak kepoyoan sikit. :p

bukan apa la kan..tetibe pepagi buta ni boleh pulak teringat memori lama. haaa..bukan memori daun pisang yer..tu lagu dangdut.haha.. fifah baru je lepas layan trailer filem baru kat wayang ni haa..
cerita 'Pada Suatu Cinta Dahulu' laaa...
trailer nampak macam best..sweet..comel-comel jer..tapi kalau nak tau betul ke best? betul ke sweet? betul ke comel-comel? kena la pergi tengok di wayang berhampiran anda! wah..da macam fifah punya filem pulak. ayat nak promo aje.haha. :p 
actually sambil-sambil tengok trailer ni..teringat la kisah cinta sendiri uolls.. ala-ala hikayat puteri gunung ledang tu..hamboii.. (ok!da merapu!)
yelah..kalau ikutkan..fifah pon start bercintan-cintun ni dari zaman sekolah jugak la.
da la baru je abes 'skyping' (kalu de la perkataan tu) dengan 'Mr I' fifah tu.. #Eh #Tetibe #Muncul #Balik #Mr.I
haa..ni la nak cite.. (da gaya makcik-makcik la pulok)..fifah busy sangat bercinta semula. tu yang tak sempat nak update blog tu. haa..melampau kan busy bercinta semula uolls. :p
Alhamdulillah...mungkin Allah tu nak uji kami-kami ni kot. Malas nak cite panjang-panjang..yang penting 'Mr.I' dah kembali ke ruang hati fifah ni. actually dia tak pernah tinggalkan pon ruang hati fifah ni. sebab spot tu memang khas untuk dia. cewwahh..pepagi buta ni berjiwang karat pulak kita ni kan. bahana layan suria cinta di Suria.fm bersama DJ Lin la ni. haih... =.=" 

kalau ikotkan la kann...fifah paling rindu nak dapat gula-gula dari Mr.I..coz dulu time kat sekolah masa mula-mula kenal tu haa..tiap-tiap hari Jumaat..mesti ada satu plastik gula-gula macam-macam jenis,perisa & warna kat dalam laci meja. hee..orang sebelah meja la yang bagi. seronok kot time tu..ingat dapat sekali tu je la. rupanya tiap-tiap minggu dapat uolls! sweet tak Mr'I fifah? haha. :D
nama pun budak sekolah..tak kisah la dah tingkatan berapa pun..perangai tu memang budak-budak sungguh! kadang-kadang kalah budak tadika.haha.walaupun fifah tau harga gula-gula tu tak mahal..fifah sorok bawak balik uma kot. tamau tunjuk kat kawan-kawan takut depa mintak. *agak kedekut la -.-"
gula-gula tu RM1 dapat 24biji. boleh campur-campur nak gula-gula apa. ada jual kat Pasar Khamis kat Kg. Koh, Sitiawan, Perak je! macam betul je..ntah-ntah de jual gak kat tempat lain.hee..sebab tu je tempat yang fifah tau jual gula-gula camtu. dah nama pon Pasar Khamis kan..maknanyer mesti la hari khamis je ada. sebab tu tiap-tiap minggu hari Jumaat baru fifah dapat gula-gula tu. Mr.I balik sekolah hari Khamis tu baru pegi beli. Memori manis tu..memang sampai bila-bila pon fifah akan ingat!
tapi rasanyer sekarang ni da tak dapat kot gula-gula 24biji RM1. harga barang semua kan dah naik sekarang ni. memang susah la nak jumpa benda murah lagi dah.
kalau ikotkan memori masa zaman sekolah..memang banyak la yang best-best. lagi-lagi kalu cite bab orang yang duduk sebelah meja kita time dalam kelas 3A4 dulu. Mr.I yang dulu (zaman sekolah) dengan sekarang ni haa (zaman universiti) memang beza sangat la. bukan kata fizikal sahaja..personaliti sekali. :)
tak kisah la Mr.I yang dulu ke..yang sekarang ke..hanya Mohd Aminurikmal B Othman a.k.a Mr.Ikmal a.k.a 'Mr.I' dalam hati.. :) *seriously dah berjangkit dengan sindrom suria cinta. contagious sungguh =.="

okla..dah banyak merapu pepagi buta ni. jom tido! fifah nak sambung bercinta semula dalam mimpi pulak. okay..serius! itu sangat melampau..dah ala-ala drama petang-petang kat tv..boleh dok sambung-sambung pulak kan? :p
Apa-apa pun fifah nak ucapkan la terima kasih untuk semua yang dah doakan fifah bahagia semula. Alhamdulillah..ada jugak email-email yang fifah dapat supaya kuatkan semangat senua tu. thanks sangat! :)
Selamat pagi (Monday, 4/3/2013, 4.59 am) baru nak tido..di waktu sebegini. bye! 

Wassalam.. :)