Nur Afifah Bt Anuar

Seorang yang simple n sgt3 pramah.. :)

Thursday, September 20, 2012

Untuk Anda Semua

Assalamualaikum.. :)

semua sihat? fifah ni alhamdulillah, sihat..
masih dalam proses menguatkan diri sendiri.
bukan mudah untuk bangun semula setelah apa yang terjadi.


dah hampir sebulan arwah mamat meninggalkan kami sekeluarga. tapi diri ini masih terasa seperti arwah masih ada bersama kami. sungguh..bukan mudah.
tapi diri ini tak pernah berhenti mencuba. untuk terus kuat menghadapi dugaan-Nya

sebelum ni fifah diberikan keselesaan berada di tahap fifah berada sekarang.
hingga fifah rasakan hidup fifah hampir sempurna kerana fifah dapat apa yang fifah nak dan fifah dikelilingi orang-orang yang sangat menyayangi fifah.
tapi... bak kata fifah dulu..
'Kita hanya merancang, Allah yang menentukan'
sekali fifah diberi dugaan yang datang bertimpa-timpa
fifah jatuh hingga terduduk..
fifah cuba bangun.. tapi diuji sekali lagi..
sekali lagi fifah jatuh..
hingga rasakan diri ini tidak lagi mampu berdiri..
kerana orang yang sebelum ini pernah membantu fifah berdiri sudah mengundurkan diri dari hidup fifah



tapi syukur Alhamdulillah.. family fifah sentiasa ada bersama fifah.

Ibu.. terima kasih atas pelukan hangatmu yang menaikkan semangat diri ini semula
Ayah.. terima kasih atas usapanmu yang menyuruhku jangan berputus asa
Adham.. terima kasih abang sebab sudi mendengar celoteh kakakmu ini
Adib.. terima kasih adik kerana menceriakan hari-hari akak dengan keletahmu

dan
tak lupa untuk kawan-kawan yang banyak membantu memberi semangat pada diri ini
bukan mudah untuk bangun semula..berdiri dengan sempurna dan berlari seperti dulu
tapi diri ini tengah mencuba sehabis daya..
mungkin sekarang boleh katakan fifah masih lagi dalam proses merangkak untuk cuba berdiri

Doakan fifah kuat untuk hadapi semua dugaan-Nya
fifah yakin Allah sayang fifah sebab tu dia uji fifah
Allah sentiasa ada untuk fifah.

Terima Kasih Semua.

Wassalam.. :)

No comments: